2nd Imam Muda


Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruang. Anugerah dari Allah memang tak ternilai kan.

Pada 18 january 2013, Alhamdulillah aku dan apak 4 heroes di kurniakan seorang lg cahaya mata penyambung zuriat kami and it’s a boy, boleh geng dengan abang nya nanti.
Pengalaman bersalin kali ni memang lain daripada yang sulung dulu. Lain anak lain la cara nya kan. Yang kali ni agak di permudahkan proses nya sebab dh kali kedua dan dah tau cara cara meneran, Cuma aku admit di hospital lebih awal sbb baby dh kurang gerak. Doc bimbang ada complication.

17th January 2013 dah check in hospital tapi rasa mcm dok dkt hotel jek. Sbb on that day,nothing happened, doc soh rehat je. 17th tu actually aku masih lagi kerja, Cuma tengahari tu rasa baby dh kurang gerak, tu yg g check up, trus doc soh admit.

 Nan hado la kan aku nk admit immediate tu jam gak sbb dtg hospital seorg diri dan melenggang je. Then minta excuse ngn doc utk admit petang sikit sbb nk kene balik rumah amik barang dan bawa suami sekali. Tp hakikat nya aku x balik rumah trus pn. Pi masuk office dlu dan settle kan kerja dlu sebelum coti panjang. 

Around kul 5ptg mcm tu baru cabut dr office. Lepas kuar office pn x balik rumah dlu, tp g singgah beli ayam kampong dlu buat bekalan utk energy nnti. Aku x risau sgt sbb masa check td bukaan baru 2.5cm and hampir la ke 3cm. Cuma yg dok bmbg tu adlh baby yang dh krg gerak je.

Finally smpi rmh ard 6pm juga. Mandi dan bersiap apa2 yang ptut smbil tggu en.suami. kul 7mlm baru kitorg gerak. Hospital siap call 2kali tnya kul brpa nk smpi.
Alhamdulillah traffic sume smooth dan kitorg manage to be in the hospital sebelum isyak. Smpi2 je hospital, trus kene check ctg and Alhamdulillah condition baby ok.  Malam berlalu tnpa cerita menarik sbb doc kata esok pg baru induce.

Early morning lepas subuh, aku dh bgn utk subuh dan baca quran, persiapan terakhir sebelum bertarung nyawa. Dalam kul 9pg mcm tu baru nurse dtg soh masuk labour room. As usual la kene tukar uniform, kul 9.15pg dh kene drip tp contraction x kuat sgt. Tp lepas drip tu makin lama makin kuat contraction nya. Sambil dok tahan contraction, ada nurse yg explain psl breastfeeding. Bagus tau sbb dah x mcm dlu, sbb private hospital pn dh wajibkan dan galakkan menyusu ibu sahaja. Sgt jelas explanation dr nurse tu even tho aku tgh sakit contraction. Asal dtg je sakit, dia akn stop explain.. dia sndri tgk graf ctg tu. kalau tak, mau kene pelempang ngn patient sbb x fhm bahasa, tak nampak ke org tgh sakit.

Ok contraction dh makin kuat, nurse pula dh asik menyeluk nk check dh buka brpa cm. masuk je 8cm, mula la nurse psg tmpt gantung kaki, oooo ni part paling debor skali. Masa ni dah mula la waktu berperang yg sebenar. Aku rasa seperti hdp dan mati semula je masa nurse adjust sume equipments. 

Apak 4 heroes plak, kali ni dh tak kene marah mcm 1st baby sbb dia dh tau nk tenteram kan aku dan tlg urut kat part mana utk legakan sakit contraction tu. baru la fiar ye idok!

Akhirnya, syukur jam 12.29 tghari baby boy selamat di lahirkan dan mommy nya pn Alhamdulillah sht. Nama di beri DANIAL RIZQ (DR) - dgn harapan initial sebegini blh menjadi sumber inspirasi menjadi seorang doktor (DR) kuikui
. Semoga imam muda yang ke-2 ni di berikan keindahan hidup di dunia dan di akhirat seperti indah nya nama yang di beri...acewawawa






xoxo
mommy to all 4 heroes


Comments

Popular posts from this blog

Khabare Korang

1st Imam Muda

3rd Imam Muda